Wednesday, 13 August 2014

To Become Swordman

Jenis-jenis Pedang

Samurai Katana


Katana merupakan pedang khas ninja. Setiap ninja mempunyai katana dipinggang mereka. Pedang ini merupakan pedang umum dengan panjang antara 70-80 cm.
Jenis single-edge dan melengkung. Selain digunakan ninja, pedang ini juga dibawa oleh kaum samurai untuk mewakili status sosialnya.

Biasanya dibawa berpasangan dengan wakizashi atau tanto yang digunakan untuk close-quarter combat dimana katana digunakan untuk open-quarter combat.


Tanto

Tanto

Jika anda pernah melihat Filem Goemon, anda pasti mengenali pedang ini. Pedang ini dibawa oleh puteri sebagai pertahanan diri. Saiz pedang ini sekitar 25 cm, termasuk dalam kategori pisau.

Penggunaan biasanya untuk menusuk serta-merta. Wanita Jepun zaman dulu membawa tanto di sebalik obi (tali pinggang kimono) untuk self defence ataupun untuk serangan spontan.

Wakizashi

Wakizashi

Jika anda peminat Final Fantasy, pasti tidak asing dengan Yojinbo. Pendekar pedang yang mampu membelah apa saja. Salah satu serangannya ada wakizashi. Wakizashi merupakan pedang samurai dengan panjang antara 30-60 cm, para samurai biasa menggunakannya sebagai senjata kedua.

Kodachi

Kodachi

Kodachi adalah senjata kesayangan Aoshi Shinomori ahli Jupon Gatana dalam siri manga Samurai X. Kodachi lebih panjang dari wakizashi, tetapi lebih pendek daripada katana. Biasanya digunakan sebagai perisai dalam hand–to–hand combat.

Kerana tidak sepanjang katana (kurang dari 2 Shaku) maka tidak menyalahi peraturan membawa pedang di zaman Edo sehingga boleh dibawa oleh orang biasa (pada ketika itu cuma samurai yang boleh bawa pedang).

Pedangnya lebih melengkung daripada wakizashi. Pedang ini cukup ringan sehingga memudahkan pengguna bergerak lincah.


Tsurugi

Tsurugi

Pedang Tsurugi tidak serupa dengan pedang yang lain. Pedang ini tidak melengkung tapi lurus seperti pedang korea.

Tsurugi merupakan pedang jenis broadsword, lebih berat berbanding pedang yang lain. Sangat sesuai digunakan untuk mengahadapi musuh yang memakai perisai tebal.

Chokuto

Chokuto

Sama seperti katana, cuma tidak melengkung tetapi lurus. Ditemui sebelum zaman Heian sebelum orang Jepun berjaya mencari teknik melengkungkan pedang (yang lebih unik pembuatannya).

Kerana pedang ini lurus, maka ia sukar digunakan dan jarang dipakai dalam pertempuran. Setelah penciptaan katana, chokuto tetap digunakan tetapi kebanyakannya berfungsi sebagai ceremonial sword.

Ninja-to

Ninja-to

Pedang ninja, selain katana, ninjato merupakan pilihan para ninja. Ringkas dan ringan, pedang ini mudah untuk dimasukkan ke dalam baju.

Perbezaan asas di antara katana dan ninja-to terletak pada bentuknya. Ninjato tidak melengkung seperti katana tetapi lurus.

Nodachi & Odachi

Nodachi & Odachi

Pedang Nodachi & Odachi adalah pedang yang panjang. Merupakan pedang terpanjang dengan panjangnya hampir 80 cm. Pedang ini tidak sesuai untuk close combat kerana ukurannya.

Pedang ini digunakan untuk memecah-belah pasukan berkuda. Dalam siri manga Samurai deeper Kyo, dia menggunakan pedang jenis ini.

Walaupun sebenarnya tidak sesuai untuk close combat. Pembuatan pedang ini sangat sukar, sehinggakan pedang ini dikategorikan sebagai pedang yang luarbiasa.

Nagamaki

Nagamaki

Pedang Nagamaki adalah dimana mata pedang dan pemegang adalah sama panjang. Termasuk dalam kategori belati, digunakan untuk serangan mendadak. Penggunaan pedang ini tidak seefisien Tanto. Tapi pedang ini memiliki keindahan tersendiri.

Naginata

Naginata

Naginata merupakan tombak dengan mata pisau katana. Digunakan perajurit wanita untuk pertarungan jarak sederhana. Pemegang dibuat dari kayu dan mata tombaknya dari katana melengkung. Sangat sesuai untuk jenis pertempuran Chaos.

Yari

Yari

Pedang Damaskus

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat. Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.


 
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi ini telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.


 PEDANG PUSAKA NABI MUHAMMAD SAW.

1. Al Ma’thur
Pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahanda beliau, dan dibawa waktu hijrah dari Mekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pegangannya terbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Dekat dengan pegangan itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’

2. Al Adb
Al-’Adb, nama pedang ini, berarti ‘memotong’ atau ‘tajam.’ Pedang ini dikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar. Baginda menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.

3. Dhu Al Faqar
Sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan pada waktu perang Badar. Dan dilaporkan bahwa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya. Banyak sumber mengatakan bahwa pedang ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.

4. Al Battar
Gambar ukiran nama-nama para nabi di dalamnya :

Gambar Nabi Daud AS memenggal kepala Goliath:


Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya.


Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Diceritakan bahwa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika beliau turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.

5. Hatf
Sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahwa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika beliau mengalahkan Goliath tersebut pada saat umurnya 20 tahun. Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju besi, senjata dan alat perang, dan beliau juga membuat senjatanya sendiri.
Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu. Baginda menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Musemum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.

6. Al Mikhdam

Di katakan pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada kabar lain bahwa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang beliau pimpin di Syria. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.

7. Al Rasub
Pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.
Pedang Rasullulah S.A.W (al-rasub) ada imej naga, singa dan burung

8. Al Qadib:
Al-Qadib berbentuk blade tipis sehingga boleh dikatakan mirip dengan tongkat. Ini adalah pedang untuk pertahanan ketika berperang , tetapi tidak digunakan untuk peperangan. Ditulis di samping pedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat: “Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.” Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahwa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang dicelup.

9. Qal’a:
Pedang ini dikenali “Qal’i” atau “Qul’ay”. Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat di Syria atau tempat berdekatan India Cina. Ulama negara lain berkata “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timah putih” yang di tambang berbagai lokasi. Pedang ini salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada yang melaporkan bahwa Datok Nabi Muhammad SAW menemukan pedang ini ketika beliau menemukan air Zamzam di Mekah.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.” Pedang ini berbeza dari yang lain kerana pedang ini mempunyai rekabentuk gelombang.

No comments:

Post a Comment