Wednesday, 13 August 2014

Hidupku Seorang Jurutera

BIDANG KEJURUTERAAN 

 

 kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini.Antara bidang kejururuteraan ialah
  • kejuruteraan awam
  • kejuruteraan elektrik dan elektronik
  • kejuruteraan mekanikal
  • kejuruteraan kimia 
  • kejuruteraan genetik

KEJURUTERAAN AWAM

a.      JURUTERA AWAM
Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. 

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya,  jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik,  jurutera awam kumbahan.



b.      PEMBANTU JURUTERA AWAM
Menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang
sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam.dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.


c. JURUTEKNIK AWAM
Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.


KEJURUTERAAN MEKANIKAL

a.      JURUTERA MEKANIKAL
Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.





b.      JURUTEKNIK MEKANIKAL
Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik.




c.       MEKANIK JURUTERA AM
Membuat kerja-kerja membaiki, servis berbagai jenis mesin, jentera, enjin dan lain-lain alat mekanikal (kecuali kereta motor, enjin kapal terbang, peralatan kapalterbang, peralatan elektrik dan alatan-alatan lain) didalam bengkel atau ditempat-tempat dimana ia digunakan. Memeriksa mesin yang rosak. Membuka sebahagian, menukar sebahagian yang rosak. Memasang semula dan memastikan pemasangan itu betul, menguji dan mempastikan ianya berfungsi dengan baik.




KEJURUTERAAN ELEKTRIK

a.      JURUTERA ELEKTRIK
Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya: 

Jurutera Penjanaan Kuasa, Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa, Jurutera Pencahayaan Elektrik, Jurutera Peralatan Elektromekanik..



b.      JURUTEKNIK ELEKTRIK
Juruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik.



KEJURUTERAAN KIMIA

a.      JURUTERA KIMIA
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. 

agensi atau lain-lain badan berkanun.

b.      PEMBANTU JURUTERA KIMIA
Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan Jurutera Kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses dan rekabentuk perindustrian kimia, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia. 

c.       JURUTEKNIK KEJURUTERAAN KIMIA
Juruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera kimia yang menyumbang kepada proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.


KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

a.      JURUTERA ELEKTRONIK
Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik. Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.
 
Pekerjaan dalam bidang ini antaranya ialah:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian, Jurutera Kuasa Nukleur, Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan, Jurutera Kenderaan /Otomotif, Jurutera Mekanik/Aeronautik, Jurutera Marin.

kejuruteraan Genetik


Secara ringkasnya kejuruteraan genetik dapat diertikan dengan pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.Seperti yang kita tahu semua kehidupan terdiri dari unsur yang asas iaiatu DNA. Tidak kira haiwan atau tumbuhan , semuanya mempunyai DNA, bahkan Virus juga mempuyai RNA atau DNA.Didalam DNA inilah tersimpanya maklumat maklumat yang diperlukan bagi sesuatu sel itu untuk berfungsi seperti biasa.

Ada banyak teknik dalam kejuruteraan genetik, secara ringkasnya

  1. Pengasingan Gen yang dikehendaki
  2. Pengisian gen-gen tersebut kedalam vektor( sasaran)
  3. Transformasi sel bagi organisma yang diubahsuai
  4. GMO(Organisma yang diubahsuai genetiknya) adalah berbeza dari organisma yang tidak diubah suai

Pekerjaan dalam bidang ini antaranya ialah:
  1. Pegawai R&D di KIST, Masterskill atau IPTS yang lain (dalam pembangunan kurikulum / silibus Sains Kesihatan.
  2. Pembantu penyelidik di universiti (yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam master by research)
  3. Tutor/pensyarah di kolej PTPL, KIST, Masterskill, Mahsa atau IPTS yang lain
  4. Underwriter di Prudential, Great Eastern
  5. Eksekutif pemasaran (peralatan makmal) di syarikat-syarikat pembekal peralatan makmal
  6. Journalist, Utusan Melayu Malaysia Berhad
  7. Tutor di universiti awam (yang mempunyai PNGK yang baik)

2 comments:

  1. Assalamuaikom encik.. 24 25 saya ada temuduga sebagai penolong jurutera ja29 .Soalan apakah kreateria atau ciri2 pihak kampus untuk mengisi jawatan ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamuaikom saya akan menghadiri temuduga penolong jurutera di upm..soalan sya adalah apakah ciri2 dan kehendak pihak kampus untuk mengisi jawatan tersebut?

    ReplyDelete