Jenis2 pertanian di Malaysia
Pertanian Pindah
Ciri-ciri utama :
- Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
- Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah
primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu.
- Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.
- Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
- Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang
telah di-tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder)
- Peringkat kerja dalam pertanian pindah
- Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah.
- Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional dan mudah.
- Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional.
- Berpindah ke kawasan lain yang lebih subur - keburukannya kawasan yang ditinggalkan ditumbuhi belukar.
Pertanian Kebun Kecil / Sara
Ciri-ciri utama:
- Keluasan tapak 1- 2 hektar.
- Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.
- Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.
- Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
- Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta
pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara
pertanian tradisional.
- Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan
jagung (tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit,
getah, lada hitam dan koko.
Pertanian Ladang
Ciri-ciri utama:
- Keluasannya melebihi 40 hektar.
- Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.
- Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh
- Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi.
- Mengeluarkan hasil yang tinggi dan keba-nyakannya diekspot.
Penternakan
| | | | | | | | | |
|
| |
|
|
No comments:
Post a Comment