Lembu
Salah satu daripada
haiwan yang terdapat di
Malaysia adalah
lembu atau dalam bahasa Inggerisnya
cattle/cow. Di
Malaysia,
lembu merupakan haiwan yang penting semenjak dahulu lagi. Pada zaman
dahulu lembu menjadi harta yang sangat berharga seperti bidalan "lembu
kerbau penuh sepadang". Lembu juga menjadi alat yang penting bagi sektor
pertanian dan pengangkutan di mana lembu digunakan bagi membajak sawah
dan sebagai haiwan penarik kereta lembu.
Lembu juga merupakan sumber makanan sebagai daging,
sup lembu., dan
susu
Ciri-ciri
Lembu merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan
benda hidup,
alam haiwan,
bertulang belakang (vertebrata), kelas
mamalia. Lembu adalah haiwan berdarah panas. Lembu menyusukan anaknya.
Lembu dipelihara untuk
daging dan
susunya. Jenis lembu yang berlainan diternak bergantung kepada tujuan penternakkannya.
Baka Lembu Pedaging
Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:
Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang
tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna
seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan
adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg.
sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200
- 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.
- Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging.
Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford.
Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan
yang banyak, dan harga yang berpatutan.
Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India.
Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu
KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu
baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan
kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan
kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang
dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.
Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia.
Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna
cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari.
Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih
kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.
Negara asal: Herefordshire County, England.
Pengeluaran
daging tinggi - berupaya untuk menggemuk; tahan lasak . Cepat matang.
Akan menjadi baka yang penting di dalam industri pedaging pada
tahun-tahun akan datang.
LEMBU TENUSU
Charolais
Negara asal: Charolles province, France.
Berwarna putih
atau putih berkrim tetapi kulit berpigmentasi; Bertanduk; berbadan
panjang. Besar dan berat jantan 2,000-lebih 2,500 lbs & betina
1,250-lebih 2,000 lbs. Cepat membesar. Prestasi baik walaupun di dalam
pelbagai keadaan cuaca yang berbeza. Mempunyai anak yang berat . Baka
susu yang baik.
Jersey
Negara asal: Jersey Island, Britain.
Salah satu baka
tenusu yang tertua; terbaik. Pengeluar susu yang terpilih ;
kebanyakannya mengeluar susu 13 kali dari berat badan per laktasi.
Boleh sesuaikan diri dengan cuaca yang berbeza. Boleh meragut dengan
baik walaupun secara intensif. Tahan panas. Purata berat 900 lbs.
Santa Gertrudis
Negara asal: United States. Kacukan antara Shorthorn & Brahman.
Warna
merah pekat. Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap panas dan kutu.
Senang beranak dan ibu yang baik. Pengeluaran susu yang banyak.
Kenaikan berat badan yang ketara apabila meragut atau fidlot. Kualiti
daging yang bertambah baik jika dibandingkan dengan Brahmans.
Simmental
Negara asal: Switzerland.
Diantara
baka yang paling tua dan terdapat di merata tempat. Besar, berwarna
merah dan putih serta producktif.. Cepat membesar dan pengeluaran susu
yang tinggi. Boleh membuat kerja-kerja berat.
Milking Shorthorn
Negara asal: England
Samada merah, merah &
putih, putih atau or "roan" Bertanduk pendik. Tahan lasak - boleh
sesuaikan diri.. Baka yang terbaik. Jinak. Baka tenusu yang berkualiti.
Melahirkan anak dalam tempoh yang tetap; senang beranak, anak cepat
besar. Gred karkas yang kualiti. Senang mengurus dan daya pengeluaran
yang ekonomik.
Red Sindhi
Negara asal: Sind, Pakistan.
Tahan
lasak, mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap kutu. Peragut yang
baik. Pengeluaran susu yang tinggi, purata1,700 kg & lebih 3,400 kg
per laktasi. Purata tinggi betina 116 cm berat 340 kg. Jantan purata
tinggi134 cm & berat 420 kg. Selalunya warna merah pekat dan
kadang-kadang warna kekuningan perang hingga ke perang gelap. Jantan
lebih gelap bila dewasa dan kadang-kadang hitam di kepala, kaki dan
ekor.
Sahiwal
Negara asal: Punjab.
Untuk kerja
kasar dan lembu tenusu. Baka yang terbaik di India & Pakistan. Tahan
lasak walau pun dalam keadaan cuaca yang teruk; mempunyai daya
ketahanan dari serangan kutu, parasit dalaman dan luaran , tahan panas.
Pengeluaran per laktasi purata 2,270 kg. Jinak. Berwarna merah
keperangan dan "dominant red" dengan warna putih di tengkuk dan di
bahagian bawah. Warna jantan gelap di kepala, kaki dan ekor. Pengeluar
susu yang tertinggi dari baka Zebu, mempunyai umbing susu yang sempurna.
Melahirkan anak yang kecil tapi cepat membesar.